Jenis-jenis pinjaman yang tawarkan adalah seperti berikut :-

Pinjaman Khas Perubatan

Pinjaman ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mengambil bidang perubatan, pergigian dan farmasi di luar negara. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini boleh dikecualikan daripada membayar balik pinjaman sekiranya pelajar bersetuju mengikat kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 10 tahun selepas menamatkan pengajian dengan jaya.

Pinjaman Biasa

Pinjaman ini terbuka kepada pelajar-pelajar di dalam bidang-bidang lain yang diberi keutamaan selain daripada perubatan, pergigian dan farmasi. Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki untuk membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman selepas menamatkan pengajian.

Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Di Luar Negara Kelolaan JPA boleh dibuat mulai SEKARANG.

Untuk memohon sila ke SINI.

Share This Post