Tawaran Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Politeknik dan Kolej Komuniti

Tawaran Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Politeknik dan Kolej Komuniti Untuk Kursus Ijazah Luar Negara 2008/09 kini dibuka.

PERHATIANA. Calon perlu menghantar satu salinan dokumen di bawah yang telah disahkan benar sebelum tarikh di atas kepada :

Pengarah, Bahagian Latihan dan Kerjaya, Aras 4, Blok E14, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya :

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Sijil Berhenti Persekolahan dan Surat Akuan (Testimonial)
  3. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Vokasional (SPMV)/STPM
  4. Salinan Diploma
  5. Salinan transkrip Diploma
  6. Salinan Keputusan MUET atau yang setara
  7. Keputusan IELTS atau TOEFL (jika ada)

B. Sila tulis SLTP LUAR NEGARA, NAMA CALON, NO KAD PENGENALAN DAN KURSUS YANG

DIPOHON di penjuru kanan BELAKANG sampul surat.

Tarikh tutup : 4 Januari 2008

Untuk keterangan lanjut sila ke SINI.

Popularity: 36% [?]

Share This Post


 
 
 

10 Responses to “Tawaran Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Politeknik dan Kolej Komuniti”

  1.   Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Politeknik dan Kolej Komuniti by Education Talk
    2. December 2007 at 14:11

    […] For details of the scholarship click HERE. […]

  2. Nurmardiana Md. Daut
    21. January 2008 at 04:07

    Tuan/Puan,

    Saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan perlajaran di Universiti Lancaster, UK dalam kursus MSc IT, Management and Organisational Change (ITMOC). Saya ingin memohon biasiswa daripada pihak tuan/puan. Adakah terdapat tawaran biasiswa untuk pelajar yang ingin melanjutkan perlajaran ke peringkat Master? Jika ada, apakah yang perlu saya lakukan? Bagaimanakah prosedur untuk memohon biasiswa itu?

    Jawapan daripada pihak tuan/puan amat saya hargai.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,
    NURMARDIANA

  3. Ayuni
    12. March 2008 at 05:44

    Tuan/Puan

    Saya ingin melenjutkan pelajaran di peringkat master di dalam negara sahaja.Adakah boleh saya memohon untuk program biasiswa ini?

    Terima Kasih

    Yang benar,
    ayuni

  4. haq
    14. May 2008 at 06:40

    apakah syarat2 minima yang perlu saya penuhi untuk melayakkan saya mengikuti program pengajian luar negara peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan bagi skim tenaga pengajar politeknik.

  5. dalila
    24. June 2008 at 08:30

    saya pelajar tahun 3 perakaunan dan masih mempunyai 1 tahun lagi untuk tamat.selepas tamat pengajian saya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat master.adakah terdapat penajaan bagi peringkat master?apakah syarat minima bagi pemohon?dan bilakah tarikh permohonan penajaan dibuka?

  6. SYED ABDUL RAZAQ B. SYED ISA
    21. July 2008 at 07:48

    Syed,

    Saya mempunyai 2 ijazah, satu B.A dalam Ekonomi minor Marketing dari Universiti UKM, Bangi dua B.A Syariah dari University Al-Ahgaff,Hadramaut, Yemen, adakah saya layak memohon biasiswa ini.saya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat master.adakah terdapat penajaan bagi peringkat master?apakah syarat minima bagi pemohon?dan bilakah tarikh permohonan penajaan dibuka?

    Yang benar,

    Syed

  7. JAUHARATUD YANI AHMAD
    6. August 2008 at 09:00

    Tuan/Puan/Encik/Cik

    Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

    Saya ingin melanjutkn pelajaran ke peringkat master di universiti dalam negara.Boleh kah saya memohon untuk program biasiswa ini? Apakah syarat-syarat untuk memohon? Bila kah tarikh mula dan tarikh tutup permohonan?

    Sekian, terima kasih.

    Yang Benar,
    Yani

  8. wan
    15. August 2008 at 07:37

    Tuan/Puan/Encik/Cik

    Saya telah memohon biasiswa skim tenaga pengajar anjuran kementerian ini dan telah dapat ujian bertulis yang akan dijalankan tak lama lagi. Bagaimanakah bentuk soalan ujian bertulis tersebut? Boleh terangkan secara ringkas atau jelas?
    Terima kasih..

  9. wan
    15. August 2008 at 07:40

    saya harap pihak tuan dapat berikan penerangan ringkas mengenai ujian bertulis tersebut. Terima kasih.

  10. ahmad nazri rahim
    5. September 2008 at 14:21

    i am tesl student in uitm. i am already at degree level. can i still apply for this particular scholarship? i did my pre degree tesl in uitm kuantan. can i use it instead of diploma transcript.your cooperation is really appreaciated.tq

Leave a Reply


Feed : Edu-Talk

World Scholarship

University Ranking