Biasiswa Global Khazanah
BIASISWA GLOBAL KHAZANAH
Yayasan Khazanah sedang mengenal pasti generasi muda Malaysia yang berbakat serta berpotensi menjadi pemimpin masa depan. Sebagai usahanya untuk mencerna kepimpinan di kalangan warga Malaysia, Yayasan Khazanah menawarkan biasiswa kepada warga Malaysia untuk mengikuti pengajian diperingkat ijazah pertama atau ijazah lanjutan di universiti-universiti terkemuka di United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Jika anda mempunyai pencapaian akademik yang tinggi, memiliki kemahiran kepimpinan dalam bidang kokurikulum, aktiviti sosial dan kegiatan sukarela, serta mempunyai motivasi serta ketabahan untuk berjaya, anda dipelawa untuk memohon Biasiswa Global Khazanah 2008.
Biasiswa adalah terbuka untuk mana-mana bidang pengajian seperti di bawah:
- Perniagaan: Ekonomi, Kewangan, Pelaburan, Undang-Undang, Sains Aktuari
- Sains Bio-Perubatan: Bio-Kejuruteraan, Bio-Informatik, Biologi Molekular, Teknologi Pemakanan, Ginomik, Bio-Teknologi
- Kejuruteraan: Elektronik, Mikro-elektronik, Sains Bahan, Teknologi Nano
Lain-lain bidang yang berkaitan akan turut dipertimbangkan.
Anugerah Biasiswa Khazanah merupakan biasiswa penuh yang merangkumi yuran pendidikan dan kolej, yuran-yuran lain berkaitan akademik, elaun penyelenggaraan dan insurans kesihatan.
IJAZAH PERTAMA
(a) PRA UNIVERSITI
Terbuka kepada calon yang layak untuk mengikuti pengajian pra-universiti dan apabila berjaya menamatkan pengajian, tajaan seterusnya ke peringkat ijazah pertama di universiti-universiti terkemuka di United Kingdom atau Amerika Syarikat.
Kelayakan
- Mendapat keputusan minimum 8A1 dalam peperiksaan SPM 2007
- Mempamerkan ciri-ciri kepimpinan dan terlibat secara aktif dalam kegiatan kokurikulum
- Berumur tidak melebihi 18 tahun pada 1 Januari 2008
- Sihat tubuh badan
Terbuka kepada calon yang layak dan telah ditawarkan tempat untuk mengikuti atau sedang mengikuti pengajian ijazah pertama di universiti-universiti terkemuka di United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Kelayakan
- Calon mesti mempamerkan pencapaian akademik cemerlang yang konsisten dalam salah satu daripada berikut:
- A-Level: 3A dan 1B
- Pra-universiti/Asasi: Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.75
- Ijazah Sarjana Muda: PNGK minimum 3.50
- Berumur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2008
- Memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan dan terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum
- Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris (pertuturan dan penulisan)
- Sihat tubuh badan
- Tidak terikat atau menerima biasiswa/ bantuan kewangan daripada mana-mana pertubuhan atau organisasi lain
IJAZAH LANJUTAN (MASTER)
(c) IJAZAH SARJANA
Terbuka kepada calon yang layak dan telah ditawarkan tempat untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana lanjutan di universiti-universiti terkemuka di United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Kelayakan
- Berumur tidak melebihi 35 tahun 1 Januari 2008
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Tinggi (Kepujian) atau setaraf dengannya daripada universiti tempatan atau luar negara
- Memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan dan terlibat secara aktif dalam kegiatan kokurikulum, sosial dan aktiviti sukarela
- Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris (pertuturan dan penulisan)
- Sihat tubuh badan
- Tidak terikat atau menerima biasiswa/bantuan kewangan daripada mana-mana pertubuhan atau organisasi lain
(d) IJAZAH KEDOKTORAN FALAFAH
Terbuka kepada calon yang layak dan telah ditawarkan tempat untuk mengikuti pengajian atau sedang mengikuti Ijazah Kedoktoran Falsafah (Ph.D) di universiti-universiti terkemuka di United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Kelayakan
- Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2008
- Mendapat keputusan cemerlang atau purata Gred A atau setaraf dengannya di peringkat Ijazah Sarjana (sekiranya terdapat sistem pemarkahan)
- Memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan dan terlibat secara aktif dalam kegiatan kokurikulum atau aktiviti sukarela
- Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris (pertuturan dan penulisan)
- Sihat tubuh badan
- Tidak terikat atau menerima biasiswa/ bantuan kewangan daripada mana-mana pertubuhan atau organisasi lain
CARA MEMOHON
Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen lain yang berkaitan hendaklah dihantar secara pos ke alamat berikut:
* UEM Education Development & Support,
* 19th Floor, Menara 1,Faber Towers, Jalan Desa Bahagia,
* Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur
Sila nyatakan Biasiswa Global Khazanah di sebelah atas penjuru kiri sampul surat permohonan.
Permohonan yang layak dipertimbangkan untuk anugerah biasiswa ini adalah berdasarkan kepada:
* Pencapaian akademik yang cemerlang
* Kualiti kepimpinan
* Penglibatan aktif dalam kegiatan kokurikulum, sosial dan / atau aktiviti sukarela.
Hanya permohonan yang lengkap akan diproses. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Khidayati Yusof di talian 03-7627 2024/2013 atau menerusi emel khidayati@uemworld.com
Hanya calon-calon yang disenarai pilih akan dihubungi.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Ijazah Pertama: 2 minggu selepas pengumuman keputusan SPM 2007
Ijazah Lanjutan: 31 Mac 2008 untuk kemasukan 2008
For details visit http://www.khazanah.com.my/scholarship2.htm
Popularity: 42% [?]


















10 Responses to “Biasiswa Global Khazanah”
By hanz on Mar 10, 2008 | Reply
where is the application form? Is it downloadable?
By J T on Mar 11, 2008 | Reply
Broken link?
By amar on Mar 11, 2008 | Reply
Erm..the correct link is without the number ‘2′ after the word ’scholarship’
By amar on Mar 11, 2008 | Reply
Go to studymalaysia.com if you want to look more scholarships offered in Malaysia.
By zang on Mar 12, 2008 | Reply
can i apply online or do i need to download the form and submit by post?
By amar on Mar 12, 2008 | Reply
yes you can, zang because I just did.
By nadia on Mar 13, 2008 | Reply
currently i’m in the last sem for my diploma.can i apply?
By hazdiana on Mar 16, 2008 | Reply
where can i find the application form?
By joanne on Mar 18, 2008 | Reply
i think this is the link:
http://www.khazanah.com.my/scholarship.htm
i cant apply though cuz i’m doing foundation in a local university, heh.
By Ivonne on Mar 19, 2008 | Reply
Excerpt:
CARA MEMOHON
Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen lain yang berkaitan hendaklah dihantar secara pos ke alamat berikut:
“Beserta dokumen lain”? So how about the online applications?
Is it actually sufficient enough to apply for the scholarship online or is it better if we mail the form with the “dokumen lain” mentioned above?
Thanks.