Server Freak

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2008

Written on March 21, 2008 – 10:59 am | by admin |

Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian TInggi Awam dan Swasta di dalam negara hingga ke peringkat pengajian tertinggi. Biasiswa berprestij ini ditawarkan oleh Yayasan Pahang selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha membangunkan sumber manusia bertaraf dunia.

KELAYAKAN MEMOHON
1. Anak Negeri Pahang ditakrifkan sebagai:-
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Negeri Pahang Darul Makmur
2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan di peringkat negeri dan negara.
3. Lulus di peringkat berikut :-
(a) Calon SPM : 9A1
(b) Calon STPM : 4 Prinsipal A
4. Memilih bidang selektif dan kritikal seperti perubatan, kejuruteraan aerospace, farmasi, bioteknologi, sains nuklear dan lain-lain (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
5. Mempunyai rekod sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul.
6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

CARA-CARA MEMOHON

  • Borang permohanan boleh didapati di pejabat YP sama datang sendiri atau menerusi Laman Web YP di alamat www.yp.org.my atau membuat permohonan melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 25sm x 33sm berserta setem RM0.50 ke alamat YP.
  • Sila lengkapkan borang berkenaan dengan menyertakan salinan sijil-sijil persekolahan berserta dokumen kelahiran pelajar atau kedua ibubapa yang telah disahkan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang yang telah lengkap bolehlah dihantar terus ke YP pada atau sebelum 3 April 2008 (Khamis).
Keputusan pemilihan calon-calon anugerah BKMB adalah muktamad.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke:

YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang
Tanjung Lumpur 26060 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-5181800 Faks: 09-5181888
Laman Web: www.yp.org.my
E-mail: ypahang@yp.org.my
(Haji Mohammad bin Ismail/Nurraimy binti Mohamed Mokhtar)

Popularity: 13% [?]

Similar Scholarship

Post a Comment

About Me

Here I'll share my knowledge, discovery and experience related to scholarship in Malaysia. Most scholarship ads in this web are taken from the respective scholarship provider sites. If you want to submit your experience or success story, do contact us. More

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Google