PENAJAAN

Penajaan ini adalah bagi Biasiswa KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA. Calon yang layak akan diberi Tawaran Biasiswa mengikut kesesuaian kursus.

SYARAT-SYARAT

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia. dan sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan.
  2. Pemohon yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan adalah tidak layak memohon kecuali TESL.
  3. Umur pemohon tidak melebihi 26 tahun pada Dis 2008.
  4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Tinggi / Pendidikan tidak layak memohon.
  5. Permohonan hendaklah mengikut Bidang/ kursus yang tersenarai sahaja.
  6. Permohonan adalah terbuka kepada semua pelajar (Sepenuh Masa sahaja) di peringkat semua semester yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan kursus yang tersenarai.
  7. Kepujian Bahasa Inggeris di Peringkat SPM/ Keputusan Peperiksaan MUET sekurang-kurangnya Band 3 atau yang setaraf dengannya.
  8. CGPA di Peringkat Matrikulasi/IPTA  tidak kurang daripada 2.75 atau CGPA di Peringkat Politeknik tidak kurang daripada 3.0.
  9. Berminat dan berpotensi untuk menjadi tenaga pengajar
  10. Tahap Kesihatan yang baik dan tidak rabun warna (color blind)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 13 JUN 2008

http://www.jppkk.gov.my/blk/index_.html

Share This Post