TAWARAN BIASISWA SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR TEKNIKAL BAGI POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI UNTUK KURSUS IJAZAH PERTAMA DI UNIVERSITI TEMPATAN BAGI SESI 2008/09

PENAJAAN

Penajaan ini adalah bagi Biasiswa KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA. Calon yang layak akan diberi Tawaran Biasiswa mengikut kesesuaian kursus.

SYARAT-SYARAT

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia. dan sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan.
  2. Pemohon yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan adalah tidak layak memohon kecuali TESL.
  3. Umur pemohon tidak melebihi 26 tahun pada Dis 2008.
  4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Tinggi / Pendidikan tidak layak memohon.
  5. Permohonan hendaklah mengikut Bidang/ kursus yang tersenarai sahaja.
  6. Permohonan adalah terbuka kepada semua pelajar (Sepenuh Masa sahaja) di peringkat semua semester yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan kursus yang tersenarai.
  7. Kepujian Bahasa Inggeris di Peringkat SPM/ Keputusan Peperiksaan MUET sekurang-kurangnya Band 3 atau yang setaraf dengannya.
  8. CGPA di Peringkat Matrikulasi/IPTA  tidak kurang daripada 2.75 atau CGPA di Peringkat Politeknik tidak kurang daripada 3.0.
  9. Berminat dan berpotensi untuk menjadi tenaga pengajar
  10. Tahap Kesihatan yang baik dan tidak rabun warna (color blind)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 13 JUN 2008

http://www.jppkk.gov.my/blk/index_.html

Popularity: 20% [?]

Share This Post

34 Comment(s)

  1. On Jun 9, 2008, Aishah said:

    saya belum mengambil MUET dan jika saya memohon biasiswa pihak tuan, adakah permohonan saya akan ditolak?

  2. On Jun 15, 2008, mayura said:

    saya ingin tahu dari pihak tuan,adakah tawaran ini diadakan setiap tahun atau hanya kali ini sahaja?
    kerana saya baru berpeluang mengetahui tentang tawaran ini.dan bilakah tawaran ini akan dikeluarkan kalau setiap tahun ditawarkan?

  3. On Jun 19, 2008, shasha said:

    saya amat berminat untuk memohon biasiswa ini malangnya saya terlepas tarikh tutup permohonan…saya berharap agar tarikh permohonan dilanjutkan kerana saya amat berminat dan menepati syarat-syarat permohonan..jasa baik dr pihak anda amat dihargai..terima kasih..

  4. On Jun 20, 2008, nasrul_hafiz said:

    bekas penuntut politeknik, diploma pemasaran CGPA 3.25 dan ada ijazah sarjana muda pertama(UiTM) CGPA 2.89. umur lebih 29 tahun.berminat menjadi tenaga pelajar di politeknik. bilakah tawaran ini akan dikeluarkan kalau setiap tahun ditawarkan?

  5. On Jun 22, 2008, eezwinnie.. said:

    i da apply dis scolarship but not through by hep…
    emmm can i get dis scolarship???
    i really like dis occupation…
    i like to teach them…

  6. On Jun 22, 2008, admin said:

    you must contact the scholarship provider direct

  7. On Jun 24, 2008, faris said:

    saya mmg berminat dgn biasiswa ini… malangnya, tarikh tutup permohonan terlalu awal…jadi boleh tak saya minta jasa baik pihak tuan/puan untuk melanjutkan tempoh biasiswa ini…lagipun pendaftaran untuk pelajar IPTA sesi 08/09 pun pada 29 JUN 2008. Jadi, harap pihak tuan/puan pertimbangkan permintaan saya ini.

  8. On Jun 24, 2008, ana said:

    keputusan ke ipta bermula 18 Jun 2008 tapi permohonan untuk biasiswa ni tutup 13 Jun 2008.mcmne ni….

  9. On Jul 10, 2008, Fauzi said:

    can ministry please consider for another phase of application?
    i am intended to apply this scholarship.thanks in advance.

  10. On Jul 11, 2008, najua said:

    Saya pelajar UTHM, yamg mengikuti kursus ijazah sarjana muda pendidikan teknik dan vokasional.Saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana, jadi saya ingin bertanya adakah pihak KPT ada menawarkan biasiswa kepada pelajar sarjana.

  11. On Jul 14, 2008, nurmaslina said:

    saya berminat untuk berkhidmat sebagai lecture di kolej komuniti..saya juga ingin memohon biasiswa tenaga pengajar kolej komuniti di masa akan datang.saya ingin tahu,bilakah permohonan biasiswa ini akan dibuka semula?

  12. On Jul 15, 2008, suhaili said:

    saya telah submit borang mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkn, bila saya boleh tahu keputusan permohonan saya?samada permohonan saya berjaya ataupun tidak.Terima kasih

  13. On Jul 17, 2008, wanna said:

    saya amat berminat dengan tawaran biasiswa ini. tetapi malangnya nasib saya kerana tarikh permohonan telah tamat. saya amat berharap agar pihak tuan dapat melanjutkan tempoh untuk permohonan biasiswa ini

  14. On Jul 20, 2008, aqmar said:

    assalammualaikum, saya ingin bertanya bilakah keputusan tawaran biasiswa ini diumumkan? dan dimana boleh saya dapat tahu tentang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak kpt? adakah melalui pihak universiti atau pihak kpt?

  15. On Jul 23, 2008, aqmar said:

    bila keputusan permohonan dikeluarkan?

  16. On Jul 23, 2008, riena said:

    assalamualaikum…saya amat berminat untuk memohon biasiswa ini malangnya tarikh permohonan telah tutup…saya br saja tamat pengajian diploma bulan 12/6/2008 dan telah ditawarkan BECELOR PENTADBIRAN PERNIAGAAN di UPM…sy mempunyai DIPLOMA PANGAJIAN PERNIAGAAN (PENGURUSAN),dari POLITEKNIK KOTA BHARU dan memperolehi CGPA 3.60… dan saya berharap agar tarikh permohonan dilanjutkan kerana saya amat berminat dan menepati syarat-syarat permohonan..jasa baik dr pihak anda amat dihargai..terima kasih..

  17. On Jul 27, 2008, nufus said:

    boleh x tarikh tutup biasiswa ini dilanjutkan atauoun bilakah biasiswa ini selalu di keluarkan

  18. On Jul 28, 2008, fairuz said:

    assalamualaikum..
    sesiapa yang tahu tentang info program tajaan samada mara atau jpa untuk lepasan diploma, saya benar2 harap anda dapat menghubungi saya di fairuz_hafizan@yahoo.com atau 0199183422..saya pemegang diploma in aircraft engineering dengan cgpa 3.90,Sebelum ni apply di ipta untuk sambung ijazah, tapi tak dapat.. jadi peluang terakhir saya adalah sambung ke oversea..harap anda dapat bantu saya..

  19. On Jul 31, 2008, aziera said:

    saya amat berminat dengan tawaran biasiswa ini. tetapi kenapa tarikh permohonan ini di tutup terlalu cepat. saya amat berharap agar pihak tuan dapat melanjutkan tempoh untuk permohonan biasiswa ini. Saya amat memerlukannya.

  20. On Aug 6, 2008, roziey said:

    saya merupakan pelajar lepasan ijazah sarjana muda di sebuah ipta, dan saya berminat untuk menjadi tenaga pengajar di politeknik dan kolej komuniti.. bagaimanakah caranya untuk saya memohon? terima kasih…

  21. On Aug 8, 2008, adiba said:

    saya telah pun apply untuk biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar.saya ingin bertanya bilakah keputusan tawaran biasiswa ini diumumkan? dan dimana boleh saya dapat tahu tentang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak kpt? adakah melalui pihak universiti atau pihak kpt?

  22. On Aug 10, 2008, nabila said:

    bila keputusan permohonan dikeluarkan?

  23. On Aug 24, 2008, alip.. said:

    Keputusan Telah Di keluarkan..

    Pihak HEP universiti akan menelefon atau menampal notis nama yang tersenarai utk temuduga…

    terima kasih…

  24. On Aug 29, 2008, ida said:

    assalammualaikum, saya ingin bertanya bilakah keputusan tawaran biasiswa ini diumumkan? dan dimana boleh saya dapat tahu tentang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak kpt? adakah melalui pihak universiti atau pihak kpt?

  25. On Sep 10, 2008, naim said:

    assalamualaikum…
    bile keputusan temuduga di keluarkan???

  26. On Sep 16, 2008, ayu said:

    bila jawapan sama ada kami dapat biasiswa ini akan diberitahu ye?

  27. On Sep 16, 2008, jii said:

    slm..sy adalah bekas penuntut politeknik seberang perai. skrg sy melanjutkan pelajaran di peringkat degree..sy bercadang utk menjadi pensyarah di politeknik atau kolej komuniti tetapi sy bukan penerima biasiswa KPT..adakah sy perlu melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana? adakah pihak KPT ada menawarkan biasiswa kepada pelajar sarjana?

  28. On Sep 24, 2008, ayue said:

    saya telah mengikuti temuduga dan ujian yang telah dijalankan.bilakah saya boleh mendapatkan keputusannya?adakah akan terdapat temuduga peringkat kedua?

  29. On Oct 16, 2008, akmal said:

    saya hampir menghabiskan ijazah tetapi terlepas untuk memohon biasiswa ini. Saya berminat untuk menjadi guru di politeknik.adakah saya boleh memohon untuk sesi seterusnya walaupun sudah menghabiskan ijazah saya?

  30. On Oct 20, 2008, yasir said:

    btol ke result da kluar?nape sy tak nampak any notice kat board psl scholar ni??

  31. On Oct 24, 2008, firdaus said:

    btol ke result da kluar?cmne nak check result tu?kerjasama anda amat dihargai.

  32. On Oct 29, 2008, eina said:

    sy berminat tawaran ini.tp malangnya tarikh sudah tutup.bila lagi tawaran seperti ini akan dibuat.saya betul-betul berminat dengan tawaran ini.

  33. On Oct 31, 2008, farah said:

    bila keputusan temuduga sltp nak kuar? penat tunggu…..plis some1 inform me…

  34. On Nov 13, 2008, jee said:

    keputusan dah keluar.

Post a Comment