Biasiswa Yayasan Emkay
By admin on May 24, 2008 in Corporate Scholarship, Undergraduate Scholarship, Postgraduate Scholarship
YAYASAN Emkay, entiti di bawah Kumpulan Syarikat Emkay menawarkan biasiswa penyelidikan bernilai RM50,000 untuk pelajar tempatan yang ingin melakukan kajian mengenai flora dan fauna di Hutan Simpan Royal Belum, Hulu Perak, Perak.
Daripada jumlah itu sebanyak RM20,000 untuk penyelidikan peringkat ijazah pertama, manakala RM30,000 lagi ijazah lanjutan.
Penyelidikan itu terbuka kepada topik seperti ekosistem di Royal Belum, tumbuh-tumbuhan atau hidupan, bahkan Orang Asli di sekitar hutan yang dianggarkan berusia 130,000 juta tahun itu.
Maklumat lanjut mengenai biasiswa berkenaan boleh hubungi Yayasan Emkay di talian 03-7710 7066.
Popularity: 16% [?]





On Jun 30, 2008, NORHAYATI said:
I WOULD LIKE TO KNOW ABOUT THE PROGRAMES
On Jul 11, 2008, siti masitah said:
i would like to know about the program…is there any due date to apply…