BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN
Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk ditawarkan BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN. Biasiswa ini diwujudkan untuk mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Penerima akan dipilih daripada pelajar yang berjaya melalui proses temuduga yang rapi.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
(iii) Baru tamat Semester Satu *, Tahun Pertama Ijazah Pertama di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dalam negara.
(b) Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum
(i) Memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM / STPM / Matrikulasi/ Asas.
(ii) Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
(iii) Memperolehi PNGK / CGPA minimum 3.50 dalam peperiksaan Semester Satu Tahun Satu (1),program Ijazah Sarjana Muda.
(iv) Memiliki kualiti kepimpinan dan penyertaan yang cemerlang/ aktif dalam ko-kurikulum.
(c) Syarat Tambahan
(i) Penerima BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN diperlukan berkhidmat untuk negara sekurang-kurangnya lima (5) tahun selepas tamat pengajian yang ditaja.
* Calon yang berjaya hanya ditentukan selepas menerima keputusan penuh Semester Kedua, Tahun Pertama, iaitu apabila sah mendapat PNGK / CGPA melebihi 3.5 untuk Tahun Pertama.
KADAR BIASISWA
Kadar Biasiswa adalah seperti berikut:
(i) Yuran Pengajian mengikut kadar yuran sebenar yang dituntut oleh IPT.
(ii) Elaun Sara Hidup bernilai RM1,000 sebulan.
(iii) Elaun Buku bernilai RM500 / semester.
(iv) Elaun-elaun berkaitan pengajian seperti tesis, elaun latihan amal / kertas projek, elaun alat perkakas (sekali setahun).
(v) Tambang penerbangan (2 hala) sekali setahun (untuk pelajar Semenanjung yang belajar di Sabah & Sarawak dan pelajar Sabah & Sarawak yang belajar di Semenanjung).
PERMOHONAN
Klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman. Semua Permohonan mesti dibuat melalui Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti anda. Jika tidak ia akan ditolak.
Tarikh tutup permohonan : 31 Mac 2009
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
* muat turun Borang Biasiswa Tunku Abdul Rahman
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN
ARAS 1, BLOK E14, PARCEL E, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA.
TEL: 03-8888 6107/ 8888 6108
FAKS: 03-8888 6095
Popularity: 12% [?]
Related Scholarship
- BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN
- PROGRAM BIASISWA PELAJAR CEMERLANG KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPTM) SESI 2009/2010
- Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama Di Institusi Pengajian Tinggi Awam
- Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP) Peringkat Ijazah Sarjana Muda Luar Negara
- Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama Di Institusi Pengajian Tinggi Awam
- TAWARAN BIASISWA SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR TEKNIKAL BAGI POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI UNTUK KURSUS IJAZAH PERTAMA DI UNIVERSITI TEMPATAN BAGI SESI 2008/09




This post has 7 comments
March 10th, 2009
can i apply this for pre university course?
March 11th, 2009
Baru tamat Semester Satu *, Tahun Pertama Ijazah Pertama di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dalam negara.
wats tat means???
izzit means tat it is for 2007 spm leavers??
March 14th, 2009
Hi Min Min,
I don’t think so. It says the scholarship is for those who are doing their degree in Universities. Its not for Pre U.
March 20th, 2009
“Baru tamat Semester Satu *, Tahun Pertama Ijazah Pertama di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dalam negara.”
Does that mean that 2nd year students and above cannot apply?
May 24th, 2009
can i get scholarcship for diploma course first year?
August 31st, 2009
i think is for those who just finish degree first year first semester (in specific field) can apply this scholarship and for those who success to get this scholarship will only know the results after the completion of degree first year second semester with the condition of getting CGPA 3.50 and above for the degree first year..
Kinda hard..
August 31st, 2009
i think is for those who just finished degree first year first semester (in specific field) can apply this scholarship and for those who has success to get this scholarship will only know the results after the completion of degree first year second semester with the condition of getting CGPA 3.50 and above for the degree first year..
Kinda hard..