Skim Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail diwujudkan oleh DBP mulai tahun 1993. Di bawah skim ini DBP menawarkan biasiswa kepada lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu di Institusi pengajian tinggi dalam negeri. Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail diwujudkan bagi mengenang jasa dan sumbangan serta perjuangan gigih Allahyarham Tun Syed Nasir terutamanya terhadap bahasa dan kesusasteraan Melayu dalam memupuk wadah budaya bangsa.

Penerima Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail akan menerima RM 4,700.00 setahun, di samping itu, penerima juga akan mendapat bantuan bahan-bahan rujukan, kemudahan menjalankan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP, kemudahan menjalani latihan amali di DBP dengan dibayar elaun latihan amali dan peluang untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan anjuran DBP atau pihak luar dengan tajaan DBP.

DBP mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail bagi mengikuti kursus pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi-instilusi pengajian tinggi awam di dalam negeri tahun 2011 dalam bidang yang berikut:

  • BAHASA MELAYU/LINGUISTIK
  • SASTERA MELAYU/PENGAJIAN MELAYU
  • SASTERA INGGERIS/SASTERA BANDINGAN
  • PENERBITAN

1. KELAYAKAN
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  • Telah mendapat surat tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan untuk mengikuti pengajian dalam bidang Bahasa/Linguistik, Saslera Melayu/Pengajian Melayu, Sastera Inggeris/Saslera Bandingan alau Penerbitan.
  • Mendapat kelulusan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan/atau Sastera Melayu pada peringkal STPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Iisan) dan/atau Sastera Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf selaraf dengannya.
  • Belum menerima sebarang bentuk bantuan kewangan/biasiswa daripada mana-mana organisasi.

2. UMUR

  • Berumur tidak lebih daripada 23 tahun pada tarikh tutup permohonan.

3. BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan boleh diperolehi dengan cara yang berikut:

  • Melalui laman web DBP http://www.dbp.gov.my
  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan dokumen yang berkaitan yang telah disahkan dan dihantar kepada:

Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka
Jalan Dewan Bahasa
50460 Kuala Lumpur.
(u.p.: Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia)

CLOSING DATE
3 October 2011

Malaysia Scholarship Search Terms:

  • biasiswa dbp
  • biasiswa dbp 2017

About The Author

Comments

  1. blackbird rider

    My friend and I were arguing about this! Now I know that I was right. lol! Thanks for making me sure!

    Sent from my Android phone

Leave a Reply