Biasiswa Politeknik JPA

Biasiswa Politeknik JPA

Biasiswa Politeknik JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam  (JPA) telah membuka tawaran permohonan Biasiswa Persekutuan tajaan JPA bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik bagi sesi 2012/2013

Bidang

Semua bidang yang ditawarkan oleh Politeknik Sesi 2012/2013.

Syarat Permohonan

Calon yang layak memohon adalah;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada semua pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Umur tidak melebihi 19 tahun pada 20 November 2012.
  4. Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari sesi 2012/2013 atau pada bulan Julai sesi 2012/2013.
  5. Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian C dalam Bahasa Melayu
  6. Memperolehi sekurang-kurangnya gred B dalam 6 matapelajaran lain

Calon yang tidak layak memohon:

  1. Pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sijil
  2. Pelajar yang berada di tahun dua dan ke atas
  3. Pelajar yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan pendidikan
  4. Pelajar yang telah mempunyai kelayakan Diploma
  5. Pelajar yang sedang mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh/separuh masa
  6. Pelajar yang mempunyai Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/Agensi.

Kadar Biasiswa

Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut;

  1. Elaun sara hidup samada RM7,560 atau RM6,426 setahun
  2. Elaun buku RM400 setahun
  3. Elaun alat perkakas antara RM50 sehingga RM250 setahun
  4. Elaun kertas projek RM150 setahun
  5. Yuran pengajian politeknik RM400 setahun.

Di samping itu elaun tambang kapal terbang untuk perjalanan dua hala diberikan setiap tahun daripada RM100 – RM1,000 bergantung kepada lokasi.

Kontrak

Pelajar tajaan JPA di kehendaki berkhidmat dengan Kerajaan di antara 3 hingga 6 tahun.  Jika gagal,  gantirugi yang perlu dibayar adalah diantara RM70,000 atau RM100,000.

Cara Permohonan

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) di laman web Permohonan Biasiswa Politeknik JPA.
  2. Pemohon terlebih dahulu perlu mendaftar untuk mendapatkan katalaluan secara percuma.
  3. Pemohon dibenarkan mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambilkira sebagai penerimaan permohonan.
  4. Permohonan melalui pos tidak akan dilayan.
  5. Salinan sijil-sijil tidak diperlukan kecuali dinyatakan dalam “Slip Permohonan”.
  6. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip  Permohonan” sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  7. Maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini boleh juga diperolehi di laman web http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my.
  8. Jika menghadapi sebarang masalah teknikal semasa mendaftar atau mengisi borang permohonan program tajaan ini boleh menghubungi talian 03 8885 3210, 03 8885 3227 dan 03 8885 3445.
  9. Jika mempunyai pertanyaan mengenai program biasiswa Politeknik ini, sila hubungi talian 03 8885 3445 atau e-mail kepada penawaranlsp@jpa.gov.my.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan biasiswa politeknik JPA ini ialah pada 26 November 2012.

Malaysia Scholarship Search Terms:

  • biasiswa jpa politeknik 2013/14
  • biasiswa politeknik 2015
  • biasiswa jpa politeknik 2015
  • jpa politeknik 2013/14
  • biasiswa politeknik 2013/14
  • biasiswa politeknik 2016
  • biasiswa diploma politeknik 2015
  • biasiswa politeknik 2017
  • BIASISWA UNTUK DIPLOMA POLITEKNIK MALAYSIA
  • biasiswa untuk pelajar politeknik

About The Author

Leave a Reply