Biasiswa/Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu – 2013/2014

By admin
Feb 3rd, 2013
1 Comment
585 Views

Biasiswa/Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu – 2013/2014

Logo Yayasan TerengganuLembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu dengan sukacitanya mempelawa pemohon-pemohon yang berkelayakan daripada Anak Negeri Terengganu Darul Iman untuk mendapatkan pinjaman bagi mengikuti pengajian Lesen Jurutera Penyelenggaraan Kapal Terbang  di Taeco Training Centre Xiamen, China ( 2 Tahun ) 

  1. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  1. Pemohon mestilah terdiri daripada anak-anak Negeri Terengganu Darul Iman berdasarkan kepada salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu Darul Iman.
  2. Pemohon atau ibu/bapa yang bukan rakyat Negeri Terengganu Darul Iman tetapi telah bermastautin selama tidak kurang dari 10 tahun juga boleh memohon dengan menyertakan surat akuan bermastautin dan bukti-bukti lain  yang meyakinkan.

     2. KELAYAKAN AKADEMIK

  1. Berumur antara 17 hingga 26 tahun.
  2. Lulus Diploma Penyelenggaraan Kapal Terbang atau Diploma yang setaraf dengannya dengan mendapat CGPA 3.5 dan ke atas dari IPTA/IPTS yang diiktiraf.

DAN

  1. Lulus SPM dengan mendapat Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu.

DAN

  1. Tidak Rabun Mata

    

     3.  CARA MEMOHON

    1. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu yang boleh didapati terus daripada Pejabat Yayasan Terengganu
    2. Pemohon juga boleh mencetak borang menerusi laman web rasmi Yayasan Terengganu di alamat : http://www.ytrg.terengganu.gov.my

     4. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Borang permohonan yang telah lengkap diisi oleh pemohon hendaklah disertakan bersama dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:-

    1. Salinan Surat Beranak pemohon, salinan Kad Pengenalan pemohon, ibu dan bapa atau penjaga serta surat pengesahan bermastautin bagi yang berkaitan.
    2. Salinan sijil-sijil akademik termasuk keputusan penuh peperiksaan (Transkrip)
    3. Sekeping gambar berukuran pasport.
    4. Resume pemohon

      5. TARIKH TUTUP

  1. Borang permohonan yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan ke Pejabat Yayasan Terengganu selewat-lewatnya pada 10 Februari 2012

     6. TEMUDUGA

  1. Pemohon yang mencukupi syarat akan dipanggil untuk menjalani ujian kelayakan, ujian IQ dan temuduga.
  2. Pemohon-pemohon yang lulus dalam ujian kelayakan, ujian IQ dan temuduga akan ditawarkan pinjaman.
  3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

YAYASAN TERENGGANU
BANGUNAN YAYASAN
JALAN SULTAN ISMAIL
20200 KUALA TERENGGANU
http://www.ytrg.terengganu.gov.my
09-6221733

Biasiswa Malaysia Form

Source : http://www.ytrg.terengganu.gov.my

 

Malaysia Scholarship Tips

We have few articles that worth to read on how to apply scholarship in Malaysia, don’t miss to read all of them at Malaysia Scholarship Tips Section.  If you don’t have any resume / cv yet, get your first resume now and bring it during your scholarship interview, we have few templates for your use.

Malaysia Scholarship Search Terms:

About the Author

- A founder of Malaysia-Scholarship.net who has more than 10 years experience in handling scholarship matters in a Government Link Company (GLC). I can be contacted at admin @ malaysia-scholarship.net

facebook comments: