Pinjaman Program Khas Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 (MARA - JPA)

Pinjaman Program Khas Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 (MARA – JPA)

Pinjaman Program Khas Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 (MARA - JPA)Usaha berterusan melahirkan golongan Bumiputera yang berpengetahuan tinggi serta mampu menerajui negara pada masa akan datang diteruskan dengan penawaran pelbagai program  pendidikan berkualiti pada tahun ini. Komitmen yang hadir atas “Amanah” yang dipikul ini adalah bukti kepada manifestasi perjuangan MARA untuk pembangunan Bumiputera.

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandardan Wilayah (KKLW) mempelawa pelajar cemerlang Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 untuk mendapatkan bantuan pinjaman pelajaran MARA bagi melanjutkan pengajian di bawah Program Ijazah Dalam dan Luar Negara serta Program Diploma Cemerlang Institusi Pendidikan MARA (IPMa) 2014.

Calon-calon yang berkelayakan akan mengikuti pengajian peringkat Persediaan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang tersenarai dalam pelbagai bidang yang ditawarkan MARA berdasarkan syarat-syarat berikut:

1.0 SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera  dan warganegara Malaysia.
  • Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2013 buat kali pertama.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi  untuk pengajian atau peringkat yang sama
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

2.0 SENARAI KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN MARA

  • Sila rujuk kod pada Lampiran A – Program Ijazah Luar & Dalam Negara dan  Diploma Cemerlang IPMa untuk tujuan permohonan. PERHATIAN – Program yang menggunakan kod JPA001, JPA002, JPA003, JPA004, JPA005, JPA006, JPA007, JPA008, JPA009, JPA010 dan JPA011 .adalah merupakan program kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). (Sila lihat disini)

3.0 SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK MINIMUM

  • Syarat kelayakan akademik minimum untuk mengikuti pengajian yang ditawarkan dinyatakan secara khusus di setiap program yang ditawarkan.
  • Calon yang tidak memenuhi syarat kelayakan minimum program tidak akan dipertimbangkan.

4.0 PERMOHONAN

  • Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (online) di laman web MARA http://www.mara.gov.my mulai 21 Mac 2014 hingga 28 Mac 2014.
  • Semakan keputusan berjaya panggilan temuduga boleh disemak mulai 16 April 2014, manakala semakan keputusan penempatan ke program ini boleh disemak mulai 26 Mei 2014 di laman web MARA http://www.mara.gov.my.

5.0 PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:

Pengarah
Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
(u.p: Unit Penajaan Program Khas)
Telefon : 03-2613 2032 / 2110 / 2037 / 2072 / 2063 / 2085

Waktu pejabat : 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Email : postspm2014@gmail.com
Facebook : www.facebook.com/postspm2014

Malaysia Scholarship Search Terms:

  • biasiswa mara 2015
  • program pembangunan profesional mara
  • jpa mara scholarship 2015
  • pinjaman jpa 2014

About The Author

Leave a Reply