SPM 2014 Result out 3 March 2015

Biasiswa Perguruan Persekutuan 2015 – Program Ijazah Pertama (Pendidikan)

SPM 2014 Result out 3 March 2015

Sponsor : Kementerian Pendidikan Malaysia
Fund Type : Biasiswa
Target Recipient : Ijazah Pertama (Pendidikan)

Sponsor Contact :
E-mail: bt.ijazah1@moe.gov.my
Website: www.moe.gov.my
Contact No: Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03- 83217082, 03-83217127 atau 03-83217128. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (Isnin – Jumaat) kecuali Cuti Am.

Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkanBiasiswa Perguruan Persekutuan 2015 kepada calon-calon yang layak untuk mengikuti Program Ijazah Perndidikan Pertama (Pendidikan) di universiti-universiti awam tempatan.

Syarat Kelayakan

Syarat Umum

  1. Calon mestilah Warganegara Malaysia;
  2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2015;
  3. Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  4. Calon telah menerima surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi mengikuti Program Ijazah Pertama (Pendidikan) dalam bidang Pendidikan kemasukan September 2014 (semester 1 2014 / 2015);
  5. Calon perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 ke atas bagi keputusan peperiksaan semester terkini untuk memohon;
  6. Calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) dan Indeks Pengesanan Kendiri (IPK). Calon yang lulus INSAK dan IPK akan dipanggil untuk temuduga;
  7. Calon yang berjaya ditawarkan biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan sedia ada;
  8. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tidak layak memohon.
  9. Pelajar tawaran pasaran terbuka/ “open market” tidak layak memohon.

Program Yang Diluluskan

BIL IPTA IJAZAH PENGKHUSUSAN
1. UIAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA)
SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENGAJARAN BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KEDUA)
2. UITM SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) PENDIDIKAN SENI DAN SENIREKA
SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA
3. UKM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (TESL)
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN KHAS)
4. UM SARJANA MUDA PENDIDIKAN (TESL)
SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM (PENGAJIAN AL-QURAN)
5. UMS SARJANA MUDA PENDIDIKAN SAINS SOSIAL (MAJOR : SEJARAH) (MINOR : GEOGRAFI)
SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL)
SARJANA MUDA PENDIDIKAN SAINS SOSIAL (MAJOR : GEOGRAFI) (MINOR : SEJARAH)
6. UPM SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (TESL)
BACHELOR PENDIDIKAN (PENDIDIKAN JASMANI)
BACHELOR PENDIDIKAN (PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA PERTAMA)
BACHELOR PENDIDIKAN (SAINS RUMAHTANGGA)
BACHELOR PENDIDIKAN (SAINS PERTANIAN)
7. UPSI ISMP (KESUSASTERAAN MELAYU) DENGAN KEPUJIAN
ISMP (BAHASA MELAYU) DENGAN KEPUJIAN
ISMP (TESL) DENGAN KEPUJIAN
ISMP BAHASA ARAB DENGAN KEPUJIAN
ISMP (PENDIDIKAN KHAS) DENGAN KEPUJIAN
ISMP (EKONOMI RUMAH TANGGA) DENGAN KEPUJIAN
ISMP (SAINS PERTANIAN) DENGAN KEPUJIAN
ISMP (SEJARAH) DENGAN KEPUJIAN
ISMP (GEOGRAFI) DENGAN KEPUJIAN
ISMP (TEKNOLOGI MAKLUMAT) DENGAN KEPUJIAN
ISMP (SENI) DENGAN KEPUJIAN
ISMP (MULTIMEDIA) DENGAN KEPUJIAN
ISMP (TEKNOLOGI REKA BENTUK BERKOMPUTER) DENGAN KEPUJIAN
ISMP (PENDIDIKAN JASMANI) DENGAN KEPUJIAN
8. USM SASTERA DENGAN PENDIDIKAN (SEJARAH)
SASTERA DENGAN PENDIDIKAN (BAHASA MALAYSIA)
SASTERA DENGAN PENDIDIKAN (GEOGRAFI)
SASTERA DENGAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) (PENDENGARAN)
SASTERA DENGAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) (PEMBELAJARAN)
SASTERA DENGAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) (PENGLIHATAN)
SASTERA DENGAN PENDIDIKAN (TESOL)
9. UTHM SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK) DENGAN KEPUJIAN
SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (BINAAN BANGUNAN) DENGAN KEPUJIAN
SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (PENYEJUK BEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA) DENGAN KEPUJIAN
SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (KIMPALAN DAN FABRIKASI LOGAM) DENGAN KEPUJIAN
SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (PEMESIN AM) DENGAN KEPUJIAN
SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (MULTIMEDIA KREATIF) DENGAN KEPUJIAN
10. UTM SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (TESL)
SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (BINAAN BANGUNAN)
SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (ELEKTRIK & ELEKTRONIK)
SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN MEKANIKAL)
11. UUM SARJANA MUDA PENDIDIKAN (TEKNOLOGI MAKLUMAT)

Cara-cara memohon

  1. Calon perlu mendaftar Nombor Kad Pengenalan dan Katalaluan dalam Daftar Pengguna. Katalaluan tidak boleh lebih dari 6 aksara. Katalaluan yang telah didaftar hendaklah disimpan dengan baik bagi membolehkan rujukan/kemaskini.
  2. Calon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan dan membuat pindaan sebanyak tiga (3) kali sahaja.
    Peringatan :
    i. Borang permohonan yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses.
    ii. Permohonan secara online tidak memerlukan penghantaran salinan sijil – sijil. (Sijil – sijil perlu dibawa semasa temuduga)
    iii. Calon dinasihatkan supaya muat turun borang permohonan sebagai panduan untuk memudahkan proses mengisi borang secara online.
  3. Calon perlu mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  4. Panduan Mengisi Borang Permohonan Online boleh dilihat di sini.

Permohonan dibuka pada 1 Februari 2015 dan ditutup pada 08 Mac 2015. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Malaysia Scholarship Tips

We have few articles that worth to read on how to apply scholarship in Malaysia, don’t miss to read all of them at Malaysia Scholarship Tips Section. If you don’t have any resume / cv yet, get your first resume now and bring it during your scholarship interview, we have few templates for your use.

Malaysia Scholarship Search Terms:

  • biasiswa bidang pendidikan
  • biasiswa untuk bidang pendidikan

About The Author

Leave a Reply