Program Khas MARA-JPA untuk lepasan SPM 2014

Program Khas JPA-MARA untuk lepasan SPM 2014

Program Khas MARA-JPA untuk lepasan SPM 2014

Program Khas JPA MARA adalah program penajaan pelajar Bumiputera cemerlang lepasan SPM tahun semasa bagi mengikuti pengajian persediaan dan Ijazah Pertama di luar negara dalam pelbagai bidang yang ditetapkan.

Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat-syarat umum

  1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu/Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  2. Umur belum mencapai 19 tahun pada tahun permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan) dan menduduki SPM 2014 pada kali pertama.
  3. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakitpenyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

Syarat-syarat khusus

Syarat-syarat khusus permohonan boleh dibaca di sini.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, sains dan sains sosial.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web MARA mulai 4 Mac 2015 hingga 10 Mac 2015 (tujuh hari).

Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh memohon secara online. Pemohon hendaklah membaca dan memahami kesemua panduan dan syaratsyarat yang ada disediakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

Tarikh Tutup

10 Mac 2015

Apakah kriteria pemilihan penawaran Program Khas JPA MARA Tahun 2015?

  1. Prestasi akademik;
  2. Ko-kurikulum;
  3. Sosio – ekonomi keluarga;
  4. Student Assesment Centre (SAC); dan
  5. Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA

Student Assessment Centre (SAC)?

Calon yang telah disenarai pendek adalah dikehendaki untuk menghadiri SAC. Tujuan penilaian SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar iaitu kempimpinan, kerjasama, daya tahan, kematangan, komunikasi dan kreativiti.

Setiap modul akan dilaksanakan dengan menggunakan kompetensi khusus dan kompetensi ini akan dinilai dengan markah 1-10 iaitu dengan kiraan 1 terendah dan 10 terbaik. 8.

Program SAC dijadualkan pada 23 Mac 2015 – 27 Mac 2015 di pusat-pusat yang telah ditetapkan.

Malaysia Scholarship Search Terms:

  • biasiswa lepasan spm 2015
  • dentistry scholarship in malaysia
  • mara scholar assesment center

About The Author

Comments

  1. Hafizuddin

    I was chosen for the sac interview on 24th of march but I only knew it a day after the interview.is there anything that I can do?please help!!!

Leave a Reply