Program Persediaan Ijazah Dalam & Luar Negara bagi Lepasan SPM 2014
- Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web MARA http://www.mara.gov.my mulai 4 Mac 2015 hingga 10 Mac 2015.
- Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan akan dipanggil untuk menduduki ujian penilaian dan temuduga.
- Semakan keputusan ujian penilaian dan temuduga akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan ditutup.
- Keputusan penempatan ke program ini boleh disemak mulai 8 Mei 2015 di laman web MARA http://www.mara.gov.my
- Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada MARA selepas 8 Mei 2015 adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
- Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.
- Keutamaan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dan luar bandar.
- Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa mestilah berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia.
- Pemohon, ibu bapa dan penjaga tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
- Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
- MARA berhak untuk membuat sebarang pindaan polisi tajaan dari semasa ke semasa.
- Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2014 buat kali pertama.
- Bidang-bidang keutamaan penajaan MARA : Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM)
- Program yang ditawarkan terdiri dari Program Persediaan Ijazah Dalam dan Luar Negara.
- Senarai Kursus dan Kolej.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web MARA http://www.mara.gov.my mulai 4 Mac 2015 hingga 10 Mac 2015.
10 Mac 2015
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi seperti butiran di bawah: Pengarah Telefon: 03-2613 2101 / 2108 / 2098 / 2065 Bahagian Penganjuran Pelajaran Waktu urusan: 9.00 pagi hingga 5.00 petang Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
Email: postspm2015@mara.gov.my
Facebook : Postspm2015