Program Pembiayaan Pendidikan Tunas Potensi

logo_yayasanProgram ini merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasan SPM/STPM yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti. Tawaran program pembiayaan pendidikan ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Syarat-syarat Kelayakan:
Untuk memohon, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) seperti yang berikut:

  1. Bumiputera Warganegara Malaysia (Lepasan SPM/STPM 2015)
  2. Keputusan Percubaan Peperiksaan SPM/STPM:

biasiswa peneraju3.  Jumlah pendapatan atau gaji kasar ibu dan bapa / penjaga tidak melebihi RM4,000 sebulan.

4. Aktif dalam ko-kurikulum dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi.

Senarai Kursus dan Institusi Pengajian

Sila semak senarai kursus dan institusi pengajian (beserta kelayakan minima) di bawah tajaan Yayasan Peneraju di sini.

Cara-cara permohonan

Untuk memohon, sila muat turun dan cetak borang permohonan di atas dan hantar bersama-sama dokumen sokongan ke alamat berikut sebelum  26 Februari 2016 (Jumaat):

Peneraju Tunas Potensi 2016
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera,
Tingkat 15-1, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Sila lanjutkan sebarang pertanyaan mengenai program pembiayaan ini kepada tunaspotensi2016@yayasanpeneraju.com.my

About The Author

Leave a Reply