Skim Pinjaman Yuran Pengajian di Luar Negara Sesi 1/2012

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka permohonan untuk Skim Pinjaman Yuran Pengajian di Luar Negara Sesi 1/2012. Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum yang tertentu.
Sementara itu lain-lain kos seperti bayaran yuran pengajian yang melebihi daripada jumlah pinjaman, sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.
Jenis Pinjaman
Dibawah Skim Pinjaman Yuran Pengajian di Luar Negara Sesi 1/2012, terdapat dua jenis pinjaman yang ditawarkan iaitu:
| Skim Pinjaman Yuran Pengajian di Luar Negara Sesi 1/2012 |
||
| No |
Kategori | Jumlah Maksimum |
| 1 |
Pinjaman Khas Perubatan | RM 250,000.00 |
| 2 |
Program Pinjaman Biasa | RM 200,000.00 |
Bidang pengajian yang ditaja terbahagi kepada tiga kategori umum;
- Bidang Kritikal
- Bidang Keutamaan
- Bidang Lain (Sains Sosial dan Sains Ikhtisas)
Hanya kursus-kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sahaja yang akan diberi pinjaman.
Syarat-Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Berumur di bawah 25 tahun pada 1 Januari pada tahun semasa permohonan dibuat;
- Belum mempunyai Ijazah Pertama;
- Ibu/ bapa/ adik-beradik/ pelajar bukan merupakan peminjam/ penjamin tegar kepada mana-mana skim pinjaman/ biasiswa kerajaan;
- Ibu/ bapa/ adik-beradik/ pelajar tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman dan tidak disenarai hitamkan dalam manamana skim pinjaman kerajaan;
- Ibu/ bapa/ adik-beradik/ pelajar tidak pernah melanggar manamana kontrak biasiswa kerajaan;
- Hanya seorang daripada ahli keluarga sahaja yang layak mendapat pinjaman pada satu-satu masa. Permohonan ahli keluarga yang lain hanya akan dipertimbangkan selepas peminjam sebelumnya telah membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan; dan
- Bagi program berkembar, pinjaman hanya diberikan untuk tempoh pengajian di luar negara sahaja.
Syarat-Syarat Khusus
Selain daripada syarat-syarat umum di atas, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat khusus berdasarkan bidang pengajian pemohon.
Cara-cara permohonan
Semua permohonan perlu dibuat secara online di laman web JPA.
Permohonan
* Sesi Pertama : Permohonan dibuka mulai 1 Februari 2012. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian di portal Jabatan Perkhidmatan Awam di Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara 2012. Dokumen-dokumen sokongan pula perlu sampai di JPA sebelum 7 Mac 2012.
* Sesi Kedua Permohonan dibuka mulai 1 Julai 2012. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian di portal Jabatan Perkhidmatan Awam di Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara 2012. Dokumen-dokumen sokongan pula perlu sampai di JPA selewat-lewatnya dalam bulan Ogos 2012.
Tarikh Tutup
* Sesi Pertama : 29 Februari 2012.
* Sesi Kedua : 31 Julai 2012.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA.
(u.p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)
Semua pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini, sila hubungi:
Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan
Telefon : 03-8885 3436/ 3562
Faks : 03-8889 2640
Emel : penawaranlsp@jpa.gov.my
Similar Scholarships:
- Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP) Peringkat Ijazah Sarjana Muda Luar Negara
- Biasiswa Politeknik JPA 2010
- Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP) Peringkat Ijazah Sarjana Muda Dalam Negara
- Tawaran Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara Sesi 2011/2012
- Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA 2009
- Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama Di Institusi Pengajian Tinggi Awam
Malaysia Scholarship Search Terms:
- biasiswa bachelor of education 2012 luar negara (8)
- loan masters degree malaysia (8)
- risda scholarship 2012 (7)
- help university scholarship degree (7)
- Biasiswa 2012 jpa luar negara spm (6)
- biasiswa jpa 2012 luar negara (5)
- master di luar negara (5)
- permohonan biasiswa jpa luar negara 2012 (5)
- logo jpa (4)
- skim pinjaman yuran pengajian di luar negara (4)
Related Scholarship
- Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP) Peringkat Ijazah Sarjana Muda Luar Negara
- Biasiswa Politeknik JPA 2010
- Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP) Peringkat Ijazah Sarjana Muda Dalam Negara
- Tawaran Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara Sesi 2011/2012
- Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA 2009
- Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama Di Institusi Pengajian Tinggi Awam







